Description
Duhai anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh, namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah’?