FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Menerusi laman sosial Facebook, Farah Linda berpeluang mengenali seorang pemuda bernama Iqram Fadhli. Dia sedar yang pemuda itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman hatinya. Bagaimanapun, Farah Linda agak kecewa apabila Iqram Fadhli memberitahunya yang dia masih belum bersedia untuk bercinta. Selepas mendapat keputusan SPM, mereka merancang untuk berjumpa buat kali pertama.
Pada saat itu, Farah Linda sangat berharap Iqram Fadhli akan meluahkan isi hatinya untuk menjadikan dia sebagai teman wanitanya.
"Ah, macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan dia? Bukan ke dia dah bagi tahu yang dia tak nak bercinta lagi? Hmm... Dia lelaki yang teguh pendirian. Dah tentu dia tak akan berganjak daripada prinsipnya. Dan aku pulak, macam mana aku boleh kalah dengan perasaan aku sendiri? Kenapa aku nak terus layan perasaan sedangkan aku tahu dia tak mungkin balas cinta aku? Ah,lemahnya aku! Kalaulah dia tahu, tentu aku malu..." ~Farah Linda
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.