Description
JANGAN malu untuk bertegur sapa dengan Datuk Abd. Jalil Ali, sekiranya terserempak dengan dia dan isteri di pusat membeli-belah, pasar raya, pasar tani, pawagam, tempat lelong durian tepi jalan, di gerai atau restoran nasi kandar, di tempat letak kereta, hatta di tandas awam.

Dulu dan sekarang dia memang suka berkawan, dan tidak kedekut berkongsi idea. Katanya: "Kalau kita beri orang satu idea, mungkin dia akan beri kita dua atau tiga idea. Lagipun bagi idea pada orang bukan keluar modal, cuma keluar air liur!"
Lebih tiga dekad melalui perjalanan kewartawanan yang panjang lagi berliku – dari pemberita cabuk kini menjadi Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf – dia telah menyaksikan, dan mencatat seribu satu karenah manusia, dari peringkat tertinggi seperti pemimpin politik dan tokoh-tokoh korporat, hingga rakyat biasa, termasuk pemandu teksi, tukang bekam, bomoh tangkap hantu pocong, penggali kubur dan tukang bakar mayat di jirat Cina.
Pengalaman hari-hari ditulis secara santai dan lucu, tetapi penuh sindiran sosial. Katanya: "Ini cerita orang biasa, kena tulis dengan cakap mudah. Bahasa tinggi-tinggi pun tidak guna kalau dia orang tidak faham."