Sale

Janji Yang Dinanti - Alia Alizs

Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji setia padaku, tapi akhirnya hilang tanpa berita dan lupa segala janji. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!

“Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku.” – Faliq.

“Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku.” – Zahwan.

Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan

Berjayakah Asnida memisahkan aku dengan Faliq? Mampukah Faliq mempertahankan cintanya padaku? Apa pula tindakan Adil bila tahu aku menjadi rebutan antara Zahwan dan Faliq?

Oh, abang! Tolonglah... adikmu ini benar-benar tersepit antara abang, kawan dan kekasih…

 

In stock
SKU
978-967-86-0926-5
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
  • Novel ini penuh dengan emosi, kasih sayang, dendam, konflik kekeluargaan, percintaan dan persahabatan. 
  • Nilai kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan amat penting dalam sesuatu perhubungan.
  • Terlalu mempercayai janji dan mudah menabur janji yang mengakibatkan terseksanya diri, terputusnya ikatan persahabatan  dan menimbulkan dendam adik-beradik.
  • Jalan cerita yang bersahaja dan mudah difahami mampu memberi kesan dalam hati dan mampu menjiwai setiap watak.
  • Banyak pengajaran yang dapat dalam novel ini antaranya tidak mudah percaya, mengharap dan tidak terlalu bergantung pada cinta manusia kerana cinta ALLAH melebihi segalanya dan hargai insan yang berada didepan mata. 
  • Novel ini juga mendapat sambutan dari pembaca portal ilham karangkraf sebanyak 112,484 bacaan. 
  • Jangan berjanji andai tidak mampu untuk tepati kerana janji boleh buat seseorang menderita.

 

  • PENULIS: ALIA ALIZS

    ISBN: 978-967-86-0926-5
    HALAMAN: 480
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off