New-15%

Terdetik Mencintaimu

Suka Seri bertukar benci dengan sikap tidak mengaku bersalah Adam. Sementelah ada pihak ketiga yang cemburu akan perhubungan itu. Zain lelaki pilihan Sufian untuk dijadikan calon menantu. Tidak betah dengan kemesraan itu Zain mencipta onar agar mereka saling benci membenci. Mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua. Memburuk-burukkan nama Adam di hadapan Seri agar gadis itu termakan akan hasutannya.
In stock
SKU
978-967-86- 0915-9
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
Seri Raudhah gadis cantik yang lemah lembut dan degil. Tegas dalam setiap keputusan yang dibuatnya. Adam Iskandar lelaki kacak berwajah kaku. Hidupnya dihantui kisah silam yang memeritkan. Adam dan Seri… titik pertemuan mereka bermula ketika berebut sebatang Pen Parker di sebuah kedai. Pen Parker yang bakal mencorak hubugan mereka. Ada aura yang membuatkan mereka saling tertarik pada pertemuan pertama itu. Adam tertarik dengan kecantikan Seri. Seri suka dengan ketegasan Adam sungguhpun telah mengutuk lelaki itu hati batu. Suka Adam menjadi resah bila secara tidak disenjaga mendapati Seri adalah anak musuhnya, Sufian. Kematian secara tiba-tiba Sufian menjadikan Adam sebagai suspek utama. Puncanya disebabkan Pen Parker milik Adam. Adam menafikan tuduhan itu. Suka Seri bertukar benci dengan sikap tidak mengaku bersalah Adam. Sementelah ada pihak ketiga yang cemburu akan perhubungan itu. Zain lelaki pilihan Sufian untuk dijadikan calon menantu. Tidak betah dengan kemesraan itu Zain mencipta onar agar mereka saling benci membenci. Mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua. Memburuk-burukkan nama Adam di hadapan Seri agar gadis itu termakan akan hasutannya. Siapa benar, siapa salah. Mereka berdua mengambil keputusan untuk menyiasat kes itu. Dalam usaha mencari kebenaran mereka sering dipertemukan. Semakin kerap bertemu kian terserlah kemesraan. Ada perasaan indah kian menular di hati. Mampukah mereka memendam perasaan demi sebuah kebenaran? Bagaimana pula dengan reaksi Zain seterusnya? Apakah kebenaran memberi keizinan untuk mencintai, atau adakah ianya akan berakhir?
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account