0 item(s)

You have no items in your shopping cart.

Contoh: Asam Pedas atau Damya Hanna.

Product was successfully added to your shopping cart.

[PRE ORDER] #KATERERCINTA

Be the first to review this product

Quick Overview

“Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira

“Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to

Regular Price: RM 23.00

Special Price RM 16.10

Availability: In stock

* Required Fields

Regular Price: RM 23.00

Special Price RM 16.10

Details

SINOPSIS

Pada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda.

Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang.

Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.

“Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira



“Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to me,” ~Annas



Menarik tentang novel ini:

Sebuah karya yang sangat santai oleh novelis prolifik Nurul Syahida. Penggunaan gaya bahasa yang mudah dan santai pasti akan menjadikan pembaca tertarik untuk membaca karya ini sehingga habis. Kisah seorang gadis yang berkahwin di usia yang agak muda dan bagaimana dia mengharungi kehidupan sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan menjaga ibu mentuanya yang menghidap penyakit kanser tahap 4. Walau bagaimanapun, suaminya yang telah berjanji ingin menjaganya dengan baik, secara tiba-tiba telah melafazkan cerai talak tiga kepadanya dan menyebabkan dia mengalami kemurungan. Dia cuba bangkit dengan bantuan seorang rakan baiknya dan akhirnya berjaya menjadi seorang katerer yang terkenal dan berjaya.

Elemen persahabatan dan jati diri yang tinggi telah diterapkan di dalam karya ini pasti membuatkan pembaca tidak sabar ingin mengetahui kisah hidup Maira. Dan elemen percintaan yang santai membuatkan karya ini lebih dekat di hati pembaca.

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review

Only registered users can write reviews. Please, log in or register

Novel ini merupakan inspirasi dari Portal Ilham. Baca dan berikan komen anda di sini.
Dapatkan Promosi Terkini

Jom jenguk kami!
Kumpulan Media Karangkraf, 

Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-5101 7480

[email protected]

WhatsApp Kami!

Tiada perbankan online? Jangan risau! Whatsapp kami untuk pembelian secara mudah!

Isnin - Jumaat

9.00pg - 5.00ptg

019-229 7227

Copyright Kumpulan Media Karangkraf. All Right Reserved.