Sale

Projek Seram - Mitos

Rating:
80% of 100

MARIA LABO

SINOPSIS:

Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung.

Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu.

Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

MIYONGKKAE

SINOPSIS:

Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan.

Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?


MARYATI

SINOPSIS:

Hidup Sastra dipenuhi dengan perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?

In stock
SKU
978-967-446-334-2
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00

JUDUL: PROJEK SERAM - MITOS

PENULIS: EQBAL MOHAYDEN, AKMA SAIDON & SUZANI NADZIR

ISBN: 978-967-446-334-2

HALAMAN: 448

More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off