Sale

Basikal Karat - Ukhti Mawar

Hidup ini ada banyak pilihan. Pilihan itu adalah tanggungjawab kita untuk tentukan. Hasil daripada pilihan itu, ia bakal mencorakkan kehidupan kita.

Dakwah adalah jalan hidup pilihan aku. Meskipun masih muda, namun aku selesa dengan kehidupan yang penuh dengan pentarbiahan ini, sama ada memberi mahu pun menerima. Hidup sebagai seorang pelajar universiti, aku tidak dapat hidup sebagaimana mahasiswa biasa yang lain. Kehidupan bertarbiyah memerlukan aku untuk berlari sentiasa. Itu tandanya begitu banyak tugasan dakwah yang belum terlaksana.

Keikhlasan itu penting dalam berdakwah. Nawaitu memainkan peranan untuk memberi kecekalan terhadap diri pendakwah. Tidak dinafikan kini ramai golongan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti dakwah. Namun ramai yang kecundang di tengah jalan. Ini semua kerana aktiviti berdakwah dilakukan kerana mengikut kawan.

Basikal Karat memaparkan kisah-kisah yang berupaya menjadi inspirasi kepada golongan anak muda di medan dakwah. Kisah-kisah ini adalah realiti yang sering terjadi kepada pendakwah-pendakwah muda seperti kita. Rasa futur tidak semena, rasa dipinggirkan dalam jemaah, rasa pokai sentiasa, rasa penat beraktiviti, rasa menipu keluarga dan pelbagai rasa lagi.

Oleh itu, Basikal Karat mengajak anak-anak muda untuk sentiasa menjadikan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian sebagai pengajaran yang mematangkan.

In stock
SKU
978-967-86-0617-2
Now Only RM 17.00 Regular Price RM 20.00
More Information
Publisher Karya Bestari
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off