Sale

Bukan Gadis Biasa [ADAPTASI DRAMA] - Liza Nur

Rating:
80% of 100

 

Novel ini telah diadaptasikan kepada drama "Bukan Gadis Biasa" yang dibintangi oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak.

 

 

SINOPSIS

*Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 
 
“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul
 
Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 
 
“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan
 
Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?
 
“Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?” ~ Johana
 
“Tak. Aku akan cintakan kau lebih.” ~ Rayyan
In stock
SKU
978-967-86-0927-2
Now Only RM 20.40 Regular Price RM 24.00
BUKAN GADIS BIASA menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 
 
Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. 
 

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

 

JUDUL: BUKAN GADIS BIASA

ISBN: 978-967-86-0927-2
MUKASURAT: 400
PENULIS: LIZA NUR
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off