FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Tingkatkan Motivasi dengan Buku Non Fiksi

Tingkatkan Motivasi dengan Buku Non Fiksi

Non fiksyen merujuk kepada jenis bahan bacaan atau karya yang berdasarkan pada fakta, informasi sebenar atau realiti. Ia merupakan jenis bahan bacaan yang tidak diimaginasi seperti dalam fiksyen, tetapi lebih berkisar kepada kenyataan, penyelidikan atau analisis. 

Di Karangkraf Mall, anda akan menemui pelbagai buku non fiksyen seluruh Malaysia yang merangkumi pelbagai topik dan minat pembaca. Anda dapat perluaskan pengetahuan, mendalami dunia di sekitar anda serta mendapatkan perspektif baru tentang topik-topik yang disediakan. Buku-buku ini ditulis oleh penulis yang pakar dalam bidang masing-masing. 

Karangkraf Mall juga menyediakan pelbagai pilihan buku non fiksyen yang berkualiti tinggi. Anda dapat melihat koleksi ini dengan melayari laman web rasmi mereka. Dengan memilih dan beli buku non fiksyen online dari Karangkraf Mall Malaysia, anda dapat meningkatkan kesedaran sosial, mendapat inspirasi dan motivasi serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan.

1. Peluang Kedua

[Karangkraf Mall]

Dalam karya ini, Izzad Daniel, seorang pemuda yang memiliki keberanian untuk mendedahkan sisi gelap dan kelemahan dalam hidupnya. Ini merupakan hal yang jarang dilakukan oleh kerana sering kali mengundang pandangan serong dari masyarakat setempat.

Karya ‘Peluang Kedua’ ini memberikan inspirasi dan harapan kepada para pembaca, terutamanya generasi muda yang sedang menghadapi masalah hidup. Karya ini menceritakan kisah yang penuh dengan perubahan. Izzad Daniel berkongsi pengalaman dan pelajaran berharga untuk mendorong generasi muda agar tidak putus asa dan melihat setiap kesalahan sebagai peluang kedua untuk memperbaiki diri dan mencapai kejayaan pada masa depan.

2. Healing the Invisible Wound

[Karangkraf Mall]

'Healing The Invisible Wound’ oleh Dr. Ahmad Rostam, Dr. Rozanizam dan Dr. Alizi Alias adalah sebuah buku motivasi yang dapat ditemui di Karangkraf Mall. Dalam buku ini, para penulis membahas tentang luka emosi atau trauma psikologi yang mungkin ada dalam seseorang. Meskipun tidak dapat dilihat dengan mata, namun dapat dirasakan dalam jiwa. Kita selalu beranggapan bahawa masa akan menyembuhkan luka yang tak tampak ini.

Namun, buku ini mengajar kita bahawa waktu sahaja tidak mencukupi. Luka emosi juga memerlukan rawatan yang sesuai untuk dibersihkan dan diubati seperti luka di kulit.

Layari psikologi emosi dari setiap karakter dalam cerita, hingga akhirnya anda akan memahami apa yang mereka rasakan. Hal ini akan membantu kita bangkit dari rasa kecewa, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian.

Dengan membaca buku ini, kita dapat menemukan inspirasi dan kekuatan untuk menghadapi luka emosi yang ada dalam diri kita. Buku ini dapat menjadi panduan yang baik dalam membantu kita untuk menyembuhkan luka emosi dan memulihkan kesihatan mental.

3. Remedi

[Karangkraf Mall]

‘Remedi’ oleh Dayana Amerda adalah sebuah buku yang menggunakan bahasa puitis yang menyentuh emosi pembaca. Buku ini juga mengajak pembaca untuk menghadapi realiti kehidupan yang nyata tanpa dibuai oleh khayalan semata. Selain itu, buku ini dilengkapi dengan kata-kata positif yang memberikan semangat dan motivasi kepada mereka yang ingin melakukan perubahan dalam hidup.

Dengan gaya penulisan yang menarik, setiap baris puisi kata-kata dalam 'Remedi' mengandungi kekuatan untuk merangsang pemikiran dan menginspirasi pembaca agar mampu menjalani kehidupan dengan cara yang baru.

Naskhah ini bukan sekadar puisi, tetapi juga menjadi medium untuk refleksi diri dan pencarian makna dalam kehidupan. 'Remedi' memberikan sentuhan yang mendalam dan dapat dijadikan sebagai motivasi untuk menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan berusaha menuju perubahan yang lebih baik.

Nikmatilah kata-kata puitis yang menyentuh emosi dan kisah positif yang disajikan pada setiap halaman buku ini. Jadikan 'Remedi' sebagai sahabat setia yang membimbing anda menuju transformasi yang lebih baik dalam hidup.

4. Hope (Islamik)

[Karangkraf Mall]

‘Hope (Islamik)’ ini ditulis oleh PU Faris dan Weeda Airiza. Naskhah ini membawa kisah tentang harapan dalam kehidupan khususnya dalam konteks Islam.

Dalam dunia ini, setiap individu memiliki kisah hidup yang unik. Ada detik kebahagiaan dan juga detik kesedihan. Semua ujian tersebut adalah sebahagian daripada perancangan Allah. Hati kita, Allah yang jaga. Tugas kita adalah menjadi hamba yang taat kepada Sang Pencipta. 

Semua cerita yang ditulis dalam buku ini merupakan kisah benar dari individu yang diberikan kesempatan untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka. Meskipun cerita kita berbeza, namun harapan kita hanyalah kepada-Nya.

Buku ini menyampaikan pesanan bahawa dengan berharap kepada Allah dan menjalankan perintah-Nya, kita akan menemukan harapan yang abadi. Jadikan buku ini sebagai sumber inspirasi dan panduan dalam menjalani kehidupan dengan harapan yang teguh.

5. The Productive Muslim

[Karangkraf Mall]

'The Productive Muslim’ oleh Mohammed Faris adalah sebuah buku yang membahas tentang bagaimana menjadi seorang Muslim yang produktif. Kita semua ingin menjadi Muslim yang produktif, yang tidak menghabiskan waktu dengan sia-sia dan memberikan sumbangan positif untuk umat Islam. 

Namun, gaya hidup yang sibuk seringkali membuatkan kita tidak dapat menumpukan perhatian dan membahagikan waktu dengan baik. Ini menyebabkan keseimbangan waktu antara dengan keluarga, karier dan kawan-kawan menjadi terganggu.

Dalam buku ini, Mohammed Faris berkongsi strategi, tips dan panduan berguna untuk menjadi seorang Muslim yang produktif dalam setiap aspek kehidupan. Buku ini membantu pembaca untuk mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang pengurusan waktu dan menghadapi rintangan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan seharian.

Kesimpulan

Buku-buku yang dicadangkan di atas menawarkan pelbagai pilihan bacaan yang menarik di Karangkraf Mall. Setiap buku memiliki ciri khas dan tema yang berbeza, namun semuanya bertujuan untuk memberikan manfaat dan inspirasi kepada para pembaca.

Dengan pilihan-pilihan buku di Karangkraf Mall, pembaca dapat menemukan buku yang sesuai dengan minat dan keperluan bacaan mereka. Tidak kira tujuan anda membaca sama ada untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan, inspirasi atau membantu dalam pertumbuhan peribadi dan rohani, buku-buku ini akan memberikan anda pengalaman membaca yang berharga. Dapatkan sekarang di Karangkraf Mall. 

FAQS

  1. Apakah faktor buku non fiksyen menarik untuk dibaca?
    Buku-buku non fiksyen menyajikan informasi dalam cara yang jelas, sistematik dan mudah untuk difahami. Buku-buku ini seringkali disusun berdasarkan topik atau tema tertentu yang memudahkan para pembaca untuk memilih buku yang sesuai dengan minat atau keperluan pembacaan mereka. Dalam setiap helaian, pembaca akan jumpa fakta menarik atau perspektif yang berbeza tentang isu-isu yang terkini.

 

  1. Bagaimanakah saya dapat memilih buku non fiksyen yang sesuai dengan minat saya?
    Anda boleh membaca sinopsis buku terlebih dahulu untuk membantu dalam pemilihan buku. Sinopsis memberikan gambaran ringkas akan isi kandungan buku, topik yang dibahas dan tujuan penulisan buku tersebut. Melalui sinopsis, anda dapat menentukan apakah buku tersebut sesuai dengan minat anda. Anda juga boleh meminta cadangan dan rekomendasi dari orang terdekat yang memiliki minat yang sama. Pendapat mereka dapat dijadikan panduan dalam memilih buku yang sesuai dengan keperluan anda.

 

  1. Apakah buku non fiksyen sesuai untuk semua lapisan usia?
    Buku-buku non fiksyen menawarkan pelbagai topik yang relevan dengan kehidupan seharian. Dengan topik yang luas dan pelbagai, buku-buku ini dapat memenuhi minat pembaca dari pelbagai latar belakang. Dengan kata lain, buku non fiksyen dapat dibaca oleh sesiapa pun yang tertarik untuk memperluas pengetahuan mereka sambil belajar bidang tertentu.

 

  1. Bagaimanakah cara memanfaatkan buku-buku non fiksyen dalam pembelajaran?
    Dalam konteks pendidikan formal, buku-buku ini dapat digunakan sebagai bahan pembelajaran tambahan dan rujukan untuk menjelaskan konsep yang kompleks. Buku-buku ini dapat membantu pelajar memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan memperluas wawasan mereka. Buku-buku ini  juga berguna dalam konteks pendidikan tidak formal. Mereka dapat gunakan buku-buku ini sebagai panduan untuk memperluas pengetahuan dan pemahaman di luar kelas. Anda boleh membaca buku ini untuk meningkatkan pengetahuan peribadi atau mempelajari topik yang menarik. 

 

  1. Apakah perbezaan antara buku non fiksyen dan fiksyen?
    Buku fiksyen menampilkan karakter-karakter yang seakan-akan nyata dan menggambarkan kejadian yang direka oleh penulis. Buku-buku ini ditulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen, fantasi dan misteri. Buku non fiksyen pula adalah buku yang berlatarbelakangkan fakta seperti peristiwa sejarah atau biografi individu yang popular. Pemilihan buku fiksyen atau non fiksyen bergantung kepada minat, tujuan dan pilihan pembaca.
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping