FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Haji Mabrur! Apa Syarat-Syaratnya?
|
SN Fatihah

Alhamdulillah, tiba lagi kita di musim haji. Penerbangan pertama jemaah haji tahun ini adalah pada 18 April 2026.
Pada hari pengumuman panggilan haji Oktober lepas, saya turut rasa gembira walaupun tahu nama sendiri tidak tersenarai. Apabila disemak aplikasi THiJARI, ya memang sahlah nama saya belum dipanggil. Giliran haji saya pada tahun 1565H, kira-kira 118 tahun lagi. Kemungkinan tak sempat menunggu panggilan itu.

Menyebut tentang haji, pasti tak lari daripada perkataan mabrur. Frasa haji mabrur ini ada dalam hadis Rasulullah,

"Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kafarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga."
(Sahih Bukhari 1773 & Muslim 1449)

Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah Taala dan balasannya syurga. Semua jemaah pastinya mengimpikan haji yang mabrur. Namun, umum mengetahui bahawa syurga bukan percuma. Jadi, apakah syarat-syaratnya?

1. Akidah yang mantap & pergantungan sepenuhnya kepada Allah

2. Mempelajari dan memahami falsafah haji

3. Berguru dengan seseorang yang bertauliah

4. Berniat untuk beribadah dan khusyuk mengerjakannya

5. Memastikan solat fardu, puasa Ramadan dan zakat ditunaikan dengan sempurna

6. Menggunakan sumber pendapatan yang halal

7. Memohon maaf sesama manusia

8. Laksanakan rukun dan wajib haji dengan tertib 

9. Perbanyakkan amalan sunat dan berakhlak mulia

10. Tidak mensia-siakan masa terluang dengan perkara lagha

11. Beribadah mengikut sunnah Rasulullah

12. Banyakkan bersedekah

13. Membayar dam jika ada melanggar syarat haji atau umrah

14. Melakukan ibadah korban

15. Elakkan daripada berperasaan riyak dan ujub

Semoga jemaah haji tahun ini memperoleh haji yang mabrur serta selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Nota kaki: Tip mendapatkan haji yang mabrur ini dirujuk daripada buku Mabrur: Panduan Haji Ifrad & Qiran, tulisan Dato Haji Md. Daud Che' Ngah, mantan Pengurus Besar Tabung Haji.

Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping