FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Demam #BASS: Sisi Nakal YB Syed Saddiq
|
SN Fatihah

Menonton video ucapan Syed Saddiq di majlis pertunangannya dengan Bella Astillah membuatkan saya berfikir, bagaimana menjadi sepetah itu? Adakah ini kuasa cinta? Ehemm!

Apabila disoroti perjalanan hidup YB, beliau memang ditakdirkan untuk menjadi seorang yang petah bercakap. Bayangkan, beliau sanggup untuk memanjat pagar sekolah semata-mata ingin ke pertandingan debat di UKM. Bukan untuk mendengar debat, tetapi menjadi peserta. Budak sekolah hingusan melawan pelajar-pelajar universiti. 

Ada satu cerita beliau dan rakan-rakan ketika menyertai pertandingan debat di Universiti Multimedia (MMU). Duit yang mereka ada tidak cukup untuk perjalanan ulang-alik dari MMU ke Maktab Tentera Diraja (MTD). Mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Alamanda. Ada percubaan untuk tidur di surau tetapi dihalau oleh pegawai keselamatan. Akhirnya, mereka tidur di bawah sebatang pokok di depan air pancut Alamanda. Siap pagi esoknya boleh mandi dalam kolam. Memang lawak betul! 

Semua pengalaman inilah membentuk seorang Syed Saddiq hari ini. Kita nampak beliau petah bercakap, pandai berhujah dan boleh menyampaikan ucapan panjang berjela, tetapi kita tidak nampak struggle dan kesukaran beliau mencapai tahap ini sekarang. Disebabkan itu, apabila saya membaca buku Jalan Tegak, saya boleh memahami kenapa YB Syed Saddiq ini permata buat warga Muar (serta Bella Astillah, Ayden & Ara).

Nota kaki: Dua tahun berturut saya sempat sepentas bersama YB di PBAKL. Moga tahun ini ada peluang lagi.

Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping