FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Anak Kerap Bertanya? Itu Tanda GENIUS!
|
SN Fatihah

Tiba-tiba teringat iklan di televisyen tentang seorang ayah, anak dan burung murai. Memori itu singgah apabila saya sedang baca buku terbaharu Kids Karangkraf - Siri Apa Itu?

Dalam iklan itu, si ayah tidak jemu-jemu mengulang jawapan yang sama setiap kali anaknya bertanya. Kita mungkin melihat babak itu simple sahaja tetapi sebenarnya mesejnya sangat besar.

Sikap si anak dalam usia toddler (2-4 tahun) memang begitu, sering bertanya soalan. Mereka tiba di fasa penuh curiosity. Dunia bagi mereka kini berkembang, dan mereka ingin tahu segalanya.

Cabaran bagi ibu ayah pula untuk terus tenang dan melihat peluang ini sebagai ruang didikan. Jika diasah rasa ingin tahu mereka ketika ini, anak-anak ada peluang menjadi genius! Di sinilah juga terbentuk satu perspektif baru si anak terhadap ibu ayahnya. Menjadi AI bernyawa.

Cipta ruang yang selamat untuk anak-anak mengenali dunia. Tanpa ada judgement. Kerana mereka baru bermula. Jangan dibandingkan kita yang usianya sudah dewasa. Ketika kita kecil dahulu, kita juga serupa.

Jika anak-anak ada soalan luar kotak tentang item di sekitar kita, boleh dapatkan buku Siri Apa Itu? sebagai rujukan. Bukan ibu ayah saja, atuk, nenek, malah makcik pun tak terlepas ditanya oleh si Ana. Comel!

P/s: Tonton sekali lagi iklan tu, masih lagi menitik air mata. Sedih!

Banner Siri Apa Itu

Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping