Sale

Bidan Siam

ISBN: 978-967-446-452-3 HALAMAN: 496 KELUARAN: JUN 2018 PENULIS: NOORFADZILLAH
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-967-446-452-3
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
Nai Uteh atau Nek Uteh telah menerima tawaran ilmu perbidanan daripada Tok Phrak Nyai ekoran kemelut rumah tangganya. Seisi keluarga cukup tahu perbidanan yang dijalankannya berlandaskan amalan syaitan. Setelah usianya kian menginjak, Nek Uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan dan anak belaannya. Dia cuba bermacam cara memujuk menantu dan cucu perempuannya, namun tidak berhasil. Nuwairah, jururawat hospital swasta mengalami gangguan sejak pertunangannya dengan Haziq. Rupa-rupanya Haziq adalah cucu kepada Nek Uteh. Tiada siapa yang tahu muslihat jahat Nek Uteh ke atas Nuwairah. Di sebalik kejahatan itu, ada mata ghaib lain pula sedang menghuru-harakan kehidupan Nek Uteh dan keturunannya. Di antara Nuwairah dan Haziq, muncul Yusuf Imran mengubati sakit misteri itu. Disebabkan pertemuan semua insan ini, rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi dan kejutan yang tidak disangka. Siapa sebenarnya Nek Uteh? Dan siapa di sebalik mata ghaib yang cuba menghuru-harakan Nek Uteh dan keluarganya? “Tidak! Aku tak mungkin terima ilmu syaitanmu.” - Nuwairah “Pertemuan kalian dengan Wairah dan keluarga ini, ada kisah silam yang memburu satu sama lainkan? Semuanya bermula dari kampung yang Wairah kunjungi tu.” -Ustaz Khir.
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account