SalePromo

Biar Jadi Kaktus

Sempena tayangan Drama, promosi penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.
 
Drama adaptasi novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia akan ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam. Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli dan Shakilla Khoriri.

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan.

Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan.

Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. - Iffa Zalia -

In stock
SKU
978-983-124-653-5
RM 25.00

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi.

Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental.

Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema.

Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account