Description
Kita dilahirkan sebagai manusia, tetapi untuk benar-benar menjadi manusia, kita perlu belajar sepanjang hayat.
Ada waktunya kita begitu tekun menjaga ibadah, namun terlepas pandang hati yang terluka kerana kata-kata kita. Kita mahu difahami, tetapi sukar memahami. Kita mahu dihargai, tetapi terlupa menghargai. Tanpa disedari, hubungan dengan ibu bapa, pasangan, anak-anak, saudara dan jiran semakin renggang.
Buku Belajar Menjadi Manusia mengajak kita melihat semula cara melayani orang di sekeliling. Berpandukan kepada al-Quran, hadis dan hikmah para ulama, Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman membimbing pembaca memahami hak sesama manusia, memperbaiki hubungan kekeluargaan serta mengenali hasad, kezaliman dan buruk sangka yang perlahan-lahan mengeraskan hati.
Buku ini hadir sebagai teman untuk kita belajar menjadi lebih sabar ketika diuji, lebih berlapang dada ketika disakiti dan lebih berhati-hati agar kehadiran kita tidak meninggalkan luka. Mungkin kita belum menjadi manusia yang sempurna, tetapi setiap hari masih ada ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik.