Atuk

"Temankan atuk, nak!"
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-967-446-229-1
RM 28.00
"Temankan atuk, nak!" Mereka bukan pemburu hantu. Jauh sekali penjejak hantu. Mereka adalah penyiasat paranormal yang memenuhi undangan pelanggan untuk menyiasat sesuatu tempat sama ada benar-benar berhantu ataupun tidak. Namun ketika sedang menjalan tugas yang terpikul di bahu masing-masing, sesuatu yang tidak terduga telah berlaku kepada mereka. Sesuatu yang tidak pernah berlaku selama mereka menjadi penyiasat paranormal. Dapatkah mereka melepaskan diri dari cengkaman roh-roh atuk yang berkeliaran di dalam sebuah bangunan usang yang sedang disiasat oleh mereka? “ALLAH, kenapa pintu tak boleh buka? Aku tak mahu terperangkap di sini. Aku kena keluar dari sini seberapa segera. Kami kena tinggalkan tempat ni.” Nurhirmawaty “Hir ... ma ... mu ... lut a.... ku han... cur.” Murazean “Hirma, tolong aku. Mereka tak nak lepaskan aku. Puas aku merayu suruh mereka berhenti tapi mereka tak mahu. Tolong aku, Hirma. Aku dah tak berdaya lagi.” Azidi “Tolong! Jangan seksa aku begini lagi. Aku sakit. Kenapa kamu seksa aku?” Aisy Yumni “Tidak!!! Ini semua mainan ilusi. Aku tak mungkin berada di lembah berapi.” Sazrin “Jangan takut nak, atuk datang untuk menamatkan penderitaan anak.” Roh atuk “Saya tak menderita atuk. Jangan buat saya macam ni!” Edinur
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account