Description
Buku ini memberi fokus kepada kefahaman rukun Islam dan rukun Iman. Panduan dan keterangan yang diberikan adalah maklumat asas yang perlu difahami oleh setiap Muslim terutamanya yang baru hendak belajar tentang Islam. Oleh sebab itu, isi kandungan setiap topik dalam buku ini disusun dengan ringkas sahaja. Tidak dimasukkan perbahasan panjang terutama yang melibatkan perkara khilaf.
Tujuan utama buku ini diterbitkan supaya pembaca memahami asas agama Islam secara umum terlebih dahulu. Apabila telah memahaminya, para pembaca boleh mendalami agama Islam melalui sumber-sumber yang lain pula.
Apa yang penting, semua amalan hendaklah dilaksanakan berdasarkan petunjuk sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diakui sebagai rasul yang diutuskan untuk menjadi contoh teladan kepada umat manusia.
Halaman : 309