Description
Arus tajdid akan sentiasa muncul setiap 100 tahun bagi memperbaharui agama Islam. Masanya telah tiba bagi arus tajdid kurun ini.
Islam merupakan agama yang lengkap. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya merupakan cara hidup sebenar dan kebahagiaan sejati.
Namun, setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, pelbagai fitnah dan penipuan muncul dalam agama yang suci ini. Ditokok tambah, direka dan pelbagai kezaliman dilakukan terhadapnya. Akhirnya agama yang diturunkan sebagai panduan terbaik tercemar oleh tangan-tangan manusia.
Arus tajdid ini menyeru seluruh umat Islam tidak kira parti politik, kumpulan dan individu agar kembali kepada agama sebenar seperti yang diturunkan. Cuma dengan cara ini sahaja agama yang tercemar ini kembali bersih dan penganut akan berjaya di dunia dan akhirat.