Sale

Anding Ayangan III (Hikayat I) - Ramlee Awang Murshid

RAMLEE AWANG MURSHID muncul lagi dengan nukilan mutakhirnya - Anding Ayangan III (Hikayat 1). Imaginasi ini sangat luar biasa dengan pemikiran di luar kotak. Cerita ini sememangnya bersandarkan konsep Dark Dream dan make believe. Namun, keseluruhan cerita tetap bersandarkan fiksyen saspens thriller. 

 

In stock
SKU
978-967-498-059-7-1
Now Only RM 29.75 Regular Price RM 35.00

FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar. ...

Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.

Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?

Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.

Dua pegawai polis jenayah, Rawza dan Fakeh ditugaskan menyiasat kes tersebut. Mereka mendapati pembunuhan yang berlaku melibatkan elemen paranormal. Pembunuhnya sangat licik berselindung di sebalik kelibat manusia lain.

More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off