0 item(s)

You have no items in your shopping cart.

Contoh: Asam Pedas atau Damya Hanna.

Product was successfully added to your shopping cart.

Anak-anak Abah

Be the first to review this product

Quick Overview

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR

Regular Price: RM 25.00

Special Price RM 5.00

Availability: In stock

Details





“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR



Review dari GoodReads.

Sebuah buku yang menceritakan pengalaman penulis membesarkan lima orang anaknya. Tak tahu nak mula tulis reviu macam mana sebab banyak sangat nak diceritakan, mungkin sesuai diceritakan dalam bentuk poin:

1. Saya kagum kebolehan penulis untuk menulis sesuatu yang sangat dekat dengan kita semua. Pada mulanya saya fikir buku ini hanya sesuai untuk para ibu bapa. Tapi ternyata meleset, buku ini sememangnya mengimbau semula kenangan bersama saya dan ibu bapa (sewaktu kecil). Apabila terbaca kisah penulis dengan anaknya, saya teringat-ingat memori indah saya bersama ibu bapa sendiri.

2. Peluang yang Allah berikan kepada penulis untuk membesarkan anak di Malaysia (3 orang anaknya lahir di sini) dan UK (2 orang) membolehkan penulis membuat perbandingan kehidupan berkeluarga di dua lokasi ini. Antaranya adalah kesukaran mencari wang, cabaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru dan sebagainya. Pengalaman ini jarang dipunyai oleh kebanyakan pelajar atau masyarakat Malaysia di UK. Hal ini membuatkan apa jua karya yang dihasilkan penulis bersifat unik, ditambah lagi dengan kehebatan penulis untuk menceritakan sesuatu kisah dengan cukup baik sekali.

3. Boleh dikatakan hampir setiap bab, penulis memberi cadangan bagaimana seharusnya pembaca bergaul dan melayan anak-anak. Antaranya adalah mendengar masalah anak-anak, bagaimana untuk bergembira bersama anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini sebenarnya. Tapi apa-apa pun, teknik dan kaedah yang dicadangkan sememangnya sudah kita sedia maklum, cuma penulis mengingatkan kita kembali berserta dengan contoh praktikal daripada kehidupannya sendiri.

4. Anak-anak penulis pula berjaya daripada sudut yang berbeza - ada yang hebat dalam pelajaran, ada yang hebat dalam sukan tapi sedikit kurang dalam pelajaran = tapi kedua-dua anak ini tetap diraikan kemampuan/kebolehan masing-masing, tetap dibanggakan. Suatu untuk diinsafkan oleh kita yang acap kali menjadikan kejayaan dalam akademik sebagai penentu kemajuan seseorang, walhal masih banyak orang yang cemerlang dalam kehidupan dari aspek sukan, perniagaan dan sebagainya. Mengapa hanya disempitkan kejayaan pada pencapaian akademik?

Rasa macam dah panjang sangat. hehe.

Memang buku ini terbaik untuk bacaan santai. - 'ShahKang, Jan 18, 2016'

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review

Only registered users can write reviews. Please, log in or register

Novel ini merupakan inspirasi dari Portal Ilham. Baca dan berikan komen anda di sini.
Dapatkan Promosi Terkini

Jom jenguk kami!
Kumpulan Media Karangkraf, 

Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-5101 7480

[email protected]

WhatsApp Kami

Tiada perbankan online? Jangan risau! Whatsapp kami untuk pembelian secara mudah!

Isnin - Jumaat

9.00pg - 5.00ptg

019-229 7227

Copyright Kumpulan Media Karangkraf. All Right Reserved.