Description
Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah.
Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah. Kerana janji itu jugalah yang menjadi penyebab kemalangan Adam Hasif sehingga dia lumpuh. Walau bagaimanapun, Adam Hasif tetap menuntut agar Nur Anisha menunaikan janjinya. Adam Hasif sudah berubah daripada seorang lelaki yang baik menjadi seorang lelaki yang obses dan cemburu. Pada waktu yang sama, hadir Imran Rifqi meluahkan rasa cintanya pada Nur Anisha. Nur Anisha bingung untuk memilih. Keresahan hati Nur Anisha bertambah dengan kehadiran Khairi. Khairi masih tetap setia menunggu Nur Anisha sudah berkali-kali mengatakan dia tidak mencintai Khairi. Siapakah yang akan menjadi pilihan Nur Asnisha? Sanggupkah Nur Anisha mengingkari janjinya pada Adam Hasif semata-mata untuk memilih Imran Rifqi? Adakah Khairi akan terus setia menunggu?