FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami. Farhana, anak bongsu yang celopar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tuanng sebagai suami. Apa cerita? Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang 'angin kus-kus' sering timbulkan sengketa.
Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi rm50 ribu. Amboi.... Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergonvang bila Slawani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupaya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook myang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tidak lut dengan godaan palsu. Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi.
Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun, hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu menjadi intan payung di hati suaminya seorang.
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.