Description
888?KEAJAIBAN DUNIA?merupakan edisi kemas kini buku?888 FAKTA PELIK & MENARIK yang?menerima?sambutan menggalakkan.
Lebih 20 peratus kandungan di dalam edisi ini diperbaharui dengan?pelbagai fakta?menarik mengenai haiwan, tumbuh-tumbuhan, tokoh, tempat, rahsia tarikh lahir?dan?tulisan tangan.?Antara yang menarik di dalam buku ini:
? Mentadak betina akan memakan kepala mentadak jantan yang menjadi pasangannya selepas mengawan.
? Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika tidak memanjangkan lehernya.
? Tikus tidak boleh muntah. Sebab itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan tersebut.
? Manusia pertama yang mencipta lampu, iaitu Thomas Edison dikatakan takut berada di dalam gelap.
? Kebanyakan ibu jari manusia biasa adalah sama panjang dengan hidungnya.
? Lelaki dikatakan enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita.